Tentang BlogHAFiZFiTAL

Mulai dari sekarang, blog ini akan jadi blog untuk aku membebel sahaja. Hal-hal berkaitan fotografi perkahwinan semuanya dipindahkan ke blog http://www.hafizfital.com. Di sana akan hanya ada foto, di sini akan penuh dengan bicara, ulasan, pendapat, idea baru, idea inovasi dan lain-lain...

HAFiZFiTAL Photography

HAFiZFiTAL Photography
Dapatkan Pakej Jurufoto Perkawinan Di Sini...

Monday, November 8, 2010

Jangan Rampas 'My Moment'!

"arrghh...rasa nak marah, tapi tak boleh. pendamkan saja. nanti jeritkan dalam blog", - HafizFital. 04.11.2010



Sudah menjadi satu lumrah pada masa ini semua orang pun nak ada kamera. Daripada yang tak berapa nak canggih sehinggalah secanggih-canggih DSLR. Kadang-kadang bila dalam majlis perkahwinan yang aku adalah OPnya, aku malu sendiri dengan kamera aku, bila tengok orang lain yang bukan OP (official photographer) bawa kamera yang jauh lebih canggih dari D90 aku. "Apalah OP ni, pakai kamera cabuk..patutlah gambar cam hampeh", mungkin tu lah apa yang terpacul di hati diorang ni..
Tapi, tak kesahlah. Peduli la aku kamera apa korang pakai. Aku harap sangat2, hormatilah OP2 yang telah diberi tanggungjawab oleh pengantin atau mana organizer untuk jalankan tugas mereka. Janganlah terlalu ghairah nak shoot gambar untuk facebuk korang sampaikan mengganggu OP. Ada tu pulak dengan selambanya berdiri depan OP masa berlakunya moment2 yang best. Tak tau ke OP tu dah lama berdiri (kadang tu mencangkung) kat situ waiting for the best shot, you all pula suka suki je merampas shot tu dari OP. Benganglah OP tu...mujur aku bukan OP professional yang dibayar ribu riban oleh pelanggan, kalau tak mesti aku sepak punggung kamu..hahaha
Tolong yer kawan2, abang2, adik2, kakak2, bila-bila masa you all hadir ke mana-mana majlis, bergambar la puas-puas dengan kamera kamu, tetapi dalam masa yang sama, janganlah sampai mengganggu dan menghalang kerja2 OP...



Tuesday, September 14, 2010

Hobi Gila..

Apa yek hobi gila yang boleh buat duit?..fotografi satu-satunya hobi gila yang aku tahu..mungkin ada banyak lagi di luar sana..tapi aku nak citer pasal fotografi..

Kenapa aku kata hobi gila? Mau tak gila, bawak kamera ke hulu ke hilir, shoot sana snap sini..dunia ni macam aku sorang je yang punyer..Orang lain memandang, peduli apa aku..ada aku kesah..hihi..

Ada masanya sorang rakan yang minat dengan macro photography, sanggup duduk mencangkung senyap2 dalam semak samun semata-mata nak dapatkan foto terbaik seekor serangga..tak gila tu..jadi makanan nyamuk je..

Ada masanya rakan yang suka pada landscape photography, sanggup duduk di atas bukit/ gunung atau di tepi pantai berhari2 semata-mata nak dapatkan foto matahari terbit yang sempurna..tak ke gila tu, banyak cuti nak guna tu..

Paling selalu, kawan2 sanggup berhabis duit demi sebuah lense idaman..hehe..aku pun sama..(takper, bila tu kira aset tu, bila terdesak boleh jual balik)...

Tapi apapun, gila ni hanya istilah aku je..fotografi ni adalah satu hobi yang best kalau kita rajin mendalaminya...rajin2 la cari guru..rajin2 la cari kawan yang banyak pengalaman...selalu2 la join group2 yang ada; berkongsi dan bertukar2 idea..mesti syok punyer...

Monday, September 6, 2010

Isu Masjid Dengan Orang Bukan Islam...nape kecoh?

Pelik betul bila beria-ia benar orang-orang besar marahkan orang bukan Islam bagi ceramah dalam masjid. Bukan ke selama ni banyak masjid dibina/ dibaik pulih oleh orang bukan Islam?

Jadi kenapa perlu membangkitkan dan mengapi-apikan isu ini seolah2 tindakan si bukan Islam itu menghina Islam? Fikir2 la, takkan bodoh/ naif sangat AJK masjid/ surau yang membenarkan mereka ni masuk bagi sepatah dua kata?

Agak pelik bila isu ini diputar belitkan tanpa sedikit rasa bersalah di hati mereka. Bukankah tindakan mereka memainkan isu ini adalah satu tindakan yang bersifat perkauman? Sikap2 beginilah membuatkan Islam sukar didekati dan difahami oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia ni. Orang2 beginilah yang sebenarnya bersalah dalam membangkitkan kekeliruan di hati masyarakat. Orang2 inilah yang mewujudkan rasa benci orang Islam kepada orang bukan Islam dan juga sebaliknya.

Fikir-fikirkan la..

Wallahua'lam...

Saturday, September 4, 2010

Alhamdulillah...rezeki...

Alhamdulillah...Hari Selasa lepas, dapat emel gembira dari rakan lain, katanya kami juga akan dapat RM500.00 duit raya yang diberi kepada pegawai kerjaaan. Asalnya kami tak berharap sangat sebab tahun lepas, kami dapat pun penghujung tahun sebabnya kami adalah badan berkanun kerajaan, bukan kakitangan kerajaan sepenuhnya. Bila kerajaan umumkan pemberian RM 500.00 duit raya untuk kakitangan kerajaan, maknanya adalah mereka-mereka yang dibayar gaji di bawah skim SSM (Sistem Saraan Malaysia). Kami pula dibayar gaji oleh agensi sendiri dengan skim sendiri. Tapi Alhamdulillah, tahun ini kami mendapat layanan yang sama seperti warga kerajaan yang lain.

Selepas dapat berita gembira ni, dapat lagi curahan rezeki dari Allah. K. Lina dari Seri Mempelai telefon untuk tempah sesi fotografi untuk 2 majlis dalam bulan Oktober nanti. Alhamdulillah, rezki dari Allah untuk hamba-Nya yang lemah ini...

Jurufoto mahal VS Jurufoto murah...

Mmm..kenapa perlu pening-pening persoalkan kenapa si polan tu harga pakejnya murah dan si polan ni harganya mahal? Jurufoto meletakkan harga bukanlah dengan sesuka hati. Beberapa perkara pasti sudah diambil kira dalam menentukan harga sesuatu perkhidmatan. Jurufoto yang meletakkan harga yang rendah pastinya kerana mereka merasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari dan tidak adil bagi mereka meletakkan harga yang tinggi kepada pelanggan. Jurufoto yang professional dan sepenuh masa pula, perlu meletakkan harga yang lebih tinggi sesuai dengan kualiti yang diberikan. Tak adil meminta mereka merendahkan lagi harga mereka, kerana itu seolah-olah merendah-rendahkan hasil kerja mereka...

Aku pula? Ilmu dalam bidang fotografi masih lagi mentah..hijau...justeru aku lebih selesa dengan pakej harga sederhana yang aku tawarkan sekarang...lawat blog saya dan nilaikan hasil kerja saya...selepas 3 tahun rasanya harga yang ditawarkan sesuai sangat dengan tahap pengalaman yang sudah saya gali..jangan minta saya kurangkan harga..saya tak mampu...kerana harga itu sudahpun murah...


My Blog List